In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Thursday, May 20, 2021

TM UNIFI HOME FIBRE VS MAXIS FIBRE Part 2

assalamualaikum w.b.t.

hai korang!

lama nya blog ni Sya tinggalkan. terbusy sikit sekarang, manage family, dengan kerja kat office, etc. 
cewah!

by the way, harini nak cerita sikit sambungan pasal Unifi & Maxis Fibre.
kalau ada yang ingat, Sya pernah share review pasal Maxis Fibre kat sini  

Dulu masa compare dua ni, Sya decide pilih Maxis Fibre. Harga pun time tu kira cheapest la. But now, home wifi dah murahhhhh sangat dah. Service provider pun  makin bertambah, so pilihan banyak. Kalau nak study semua, maybe berminggu jugak baru boleh decide.

Sya OK je dengan maxis fibre 30mbps yang Sya ambik dulu tu. coverage so far OK (Sya kat Putrajaya). cuma bila dah bertambah ahli, anak pon dah start pandai guna internet nak tengok youtube la, tengok reviews la, layan games, etc, so dah rasa macam nak upgrade. Actually Z yang rasa camtu. 
Sya still rasa OK je 30mbps tu! hahahahaha

tak tau la suratan atau kebetulan, few days before hari raya 2021, Sya received call dari agent TM, promote Unifi ni. Macam tau-tau pulak kita memang tengah nak review balik plan internet kat rumah ni haaaa..

so Sya share sikit dengan korang apa latest promotion dari TM ni.
please note that promotion ni valid untuk korang yang memang tengah subscribe / dah ada home internet (selain Unifi).
Senang cerita, ni untuk orang yang nak lompat parti lah! hiks!

kalau korang sekarang tak ada langgan apa-apa and baru nak langgan Unifi, or memang pelanggan Unifi sedia ada, promotion ni tak valid ye.



Ni senarai package dan harga Unifi home fibre

Kalau korang perasan, semua package ada free gift.


Kalau subscribe 30mbps, dapat Samsung Galaxy Tab ni.



kalau subscribe plan 100mbps dan keatas, dapart smart tv Sharp 42 inch ni.

---------

yang best nya, harga dia sama je macam plan Maxis Fibre.

So tanpa sekelumit pun rasa hesitate mahupun menyesal, kitorang switch ke TM Unifi.
Sya ambik 100mbps - RM129 sebulan tak termasuk dst.
kontrak macam biasa la, 24 bulan.

yang paling best, harini register, petang terus dapat message yang TM dah scheduled slot untuk technical team dorang datang rumah install kan. and lepas dah install semua, on the spot terus boleh guna!

efficient betul.

teringat dulu masa masa nak pasang maxis fibre, nak tunggu appointment pon rasa dekat seminggu jugak.

dari segi coverage, sya rasa lebih kurang je 2 ni. cuma sebab sekarang Sya ambik 100mbps, laju sikit la dari sebelum ni.

now tengah tunggu maxis punya team pulak nak datang rumah collect modem/router maxis fibre. yang tu kena pulang balik tau, jangan buang pulak!

ok, tu je untuk harini. 

selamat hari raya korangggggg.

XOXO

Friday, October 18, 2019

Dah try Mamee SLRP Perisa Kari Extra Pedas?

Assalamualaikum

ikutkan tengah busy ni, tapi Sya nak update jugak kat blog sekejap supaya tak lupa.

korang dah pernah try mamee kari yang baru? ada 2 perisa: Mamee SLRP Kari Xtra Pedas & Kari Berapi.

kisah nya sya beli barang dapur, ternampak kat website highlight kata “new addition” mamee kari SLRP ni. tengok packaging macam menarik. pastu rasa macam dah lama pulak tak makan maggie. asyik makan samyang annyeonghaseyo jeee. so Sya pun order la. masa rider hantar barang tu, dari awal dah nampak mamee tu taw. kemain mengundangggg betul dia punya packaging!


pictures from google image


malam tu jugak Sya ajak Z rasa mamee perisa baru tu.
Sya punya yang mamee perisa kari xtra pedas tu.

ok, masa buat maggie (walaupon mamee tapi tetap nak petik maggie. haha) tu, sya perasan die punya serbuk kari & chili flakes tu lain macam taw. macam isk.. tak sedap hati pulak rasa nya. hahahahahahahha



lain macam pulak Sya tengok colour serbuk kari tu. chili flakes tu pon Sya letak separuh je sebab macam ada instinct kata letak separuh dulu. huhu



dah siappp...!!!!

bila dah siap, nampak macam cair pulak. macam ehh nyesal pulak letak cili flakes separuh. tau tadi tuang semua je. nampak macam cair naww pulak.

tapi bila makan...

ya amponnnnnnnm. pedas terok wehhh!

memang tak kena laaa dengan tekak Sya. bukan pedas sedap taw, dia macam pedas semata! macam
samyang tu sedap la jugak. ni macam kita gaul serbuk kari dengan serbuk cili pastu letak air, rasa apa?? macam cair + tawar + kosongggg je rasa dia. yang ada cuma rasa pedas terok tu! eeee terok gile.

sape nak try, silakan..
tapi sya memang taaaaakkk la.
ni balance 4 packets lagi Sya cakap kat Z, bagi la sape2 yang suka pedas. yang nak buat pedas challenge merapu tu ke, or pape la.

kalau tanya Sya, out of 5 Sya nak bagi berapa bintang, definitely 1 bintang je!
kalau Nora bagi 5 bintang, lantak kan.
ni Sya, bukan Nora.
eh.

emo sebab pedas gile! hahahahahahhahaha
ok bye.

Monday, August 5, 2019

Review Port Mengopi: San Francisco Coffee @ SF Coffee

assalamualaikum w..b.t

rajin pulak update blog lately kan. hahahahha. actually lately macam sya selalu google review makan la, tips la, so alang-alang, kita update la blog kita sambil-sambil tu. nanti dah busy memang senduuu la takde pape update kan.

ok, sya suka coffee. Z suka tea. so kitorang jarang la lepak tempat-tempat mengopi ni. sebab sya perasan, port-port mengopi ni walaupon kopi dia sedap uuuyehhh tapi harga makanan dia macam over sikit la. pastu tak berapa sedap. macam nak buat syarat gitu. macam starbucks tu, sya rasa mahal makanan dalam tu. sandwich dia kadang-kadang rasa nak hentak kepala kat bucu meja. kopi dia ok. bhahahahhahahhaha

so daripada membazir makan kat port2 kopi ni tapi kepuasan nye takde, baik la sya tapau je coffee and cari port makan lain pulak. gituuuu

taaapiiii..! ha ni sya nak share sebuah tapi. hoho
sya rasa korang semua mesti biasa dah dengan San Francisco Coffee or kalau malas nak sebut, boleh panggil SF coffee, ni kan. nak kata special sangat SF ni, takde la.. tapi Sya suka. selain sebab dia ada kopi yang kena dengan tekak Sya, ada 2 sebab lain.

1st - sebab SF coffee suka buat promo

korang try la singgah. rasa macam tak pernah takde promotion la kat SF Coffee ni. Buy 1 Free 1, collect cop dapat free drinks la, guna debit/credit card  dapat discount la, eh macam-macam.
Buy 1 Free 1 promo dorang ni quite selalu jugak Sya tengok. dah macam manjang ada kata orang perak. So, saya suka! hiks


2nd - harga makanan dia affordable

so kalau nak minom coffee hangkot member yang tak suka coffee, banyak drinks @ makanan lain to choose from, and harga dia OK. macam Sya kalau hangkut budak-budak, takde la rasa ralat sangat sebab pastries dia pon murah, portion pon ada yang just nice, sesuai untuk kids gituuuu.

 
Fettucine carbonara
ni antara yang wajib kitorang order. sebab semua peringkat umur boleh makan. sambil makpak makan, boleh suap anak sekali kekdahnye.



Tandoori Chicken Sandwich
ni kira menu baru dorang introduce. try la sementara masih ada. haha
tapi pada Sya tak sedap sangat Tandoori Chicken Sandwich dia.
Sedap lagi Tandoori Chicken Subway.
ni kitorang saja nak try sebab baru kan. Sya tak recommend pon. nak try silakan, taknak, abaikan.. 


Fettucine Carbonara sekali lagi ye sebab sepinggan memang tak cukup. haha


gambar pastries takde sebab dobot ni dah bedal dulu. pastu tak cukup buat muka. hala hala halaaa.. naseb la kecik lagi. tunggu beso sikit, baru kau tahuu nasib mu. bhahahahahhaha
#MakGarang

not in the picture: hot Caramel Latte
punca: Mak tak sabo. dapat je terus hirup. pastu tak gamak rasa nak amik gambo. hahaha

btw, this month birthday si dobot ni. sya tengah pikir nak celebrate kat rumah ke kat taska. hmm

ok, la. nak buat kerja. saja share kot ada yang tengah contemplate nak try SF kopi ni ke tak, Sya recommend korang try wehh. insyaallah layannnnnnnn.. hehe

okbye.


Saturday, August 3, 2019

Review Nasi Lemak McD & Ayam Goreng McDonalds 3x PEDAS

Asslamualaikum w.b.t.

harini nak share review simple.

review Nasik Lemak McD & Ayam Goreng McD Extra Spicy!

OK, ni simple review yang super jujur taw.
---------------------------
Ayam goreng mcD baru tu sedap ke?
Jawapan : Sedap weh!
 
Betul ke ayam goreng mcD 3x spicy tu pedas gile?
Jawapan: Pedas gila kalau ko rasa ayam goreng mcD yang biasa tu pedas.
Kalau ko rasa ayam goreng mcD yang biasa tu level biasher2 je, then ayam goreng mcD baru ni tak de la pedas mana..

Dia ikut level pedas seseorang tu. kalau level pedas ko tahap budak darjah 1, memang ko akan rasa dia pedas gile la cerita dia.

Sya punya experience and personal opinion, ayam goreng McD baru ni tak pedas sangat la. OK, just nice. pedas sedappp + layannnnnn kata orang melayu. 

Betul ke ayam mcD baru ni buat orang asek ke toilet, cirit birit??
Jawapan: Majoriti yang makan cakap memang bercinta la ko dengan toilet nanti. Effect dia depends pada tahap sensitiviti perut ko. Kalau jenis sensitipp, memang tak lama lepas makan tu, perut ko pon mula la bertindak balas dengan ayam dalam perut tu. Kalau jenis perut tak sensitip sangat, effect mungkin lambat or hanya sekadar lawas yang lebih sikit je dari biasa.

Sya punya experience, makan time lunch pukul 1. dia punya effect datanng pukul 12 tengah malam.bayangkan la tengah syok golek-golek pelok bantal, tiba-tiba terjaga sebab perut memulas.
bayangkan duduk dalam toilet dengan mamai nya. bila dah settle, baring balik, setting bantal semua, datang balik memulas tu.
repeat lagi duduk dalam toilet cuma beza nya this time memang tak mamai dahh. memang memulas kawwww perut tu.
adakah scene duduk dalam toilet habis disitu?
tidak ye rakan-rakan. ulang 4kali keluar masuk toilet. haruuuuuuuu

ok, ni sya nak share / review special sikit.
ayam goreng mcD baru tu sya rasa OK je. yang betul-betul padu is Nasi Lemak mcD.
perghhhhhh pedas gila sedap gile wehhhh!

Nasi Lemak Ayam Goreng McD Extra Pedas yang baru tu.
camni ha ghupe dia. nampak macam biasa je kan.
taaapiiiii... luar biasa wehhh! kalau dapat telur goreng separuh pasang lagi ohsemm! haha
cuba jangan tak cuba.
nasik lemak di kawenkan dengan ayam goreng mcD extra pedas bahagian wing. krup krap krup krappp sebab rangup. 
uuuuuuuuu padu babbe!

kalau korang suka nasik lemak pedas, korang wajib try!
cuma yang tak syok, effect dia malam tu pedih ulu hati teros. Z dah membebel sebab kena picit kepala bini dia di tengah-tengah malam.
isk.. orang bagi dia pahala lebih pon taknak. nih lah dia suami-suami zaman sekarang.
bhahahahhahahhahahaha
ampooonnn.. guro2! thank you picitkan kepala. sorry susahkan, tapi ala.. bukan lama pon lagi. pasni takde nye scene sakit kepala, sakit kaki, sakit belakang at least dalam 4-5 tahun ni la. hahahaha

ok la. tu je.
korang wajib try nasi lemak & ayam goreng extra pedas mcD ni.
walaubagaimanapun, ingin saya copy paste disini tagline mcD sebagai peringatan semua:
Eat At Your Own Risk.
HARUUUUUU

okbye


Friday, August 2, 2019

Perlu ke Qada Zakat yang Tertunggak

Assalamualaikum w.b.t.

Sya nak share 1 knowledge dengan kawan-kawan tentang Soal Jawab Zakat.

Newspaper cutting tentang Qada Zakat. [Sumber: Utusan Malaysia] 

Kat bawah ni Sya share penerangan detail tentang Qada Zakat.
Source: WAZAN UPM

----------------------------------------

Soalan :
Selama ini saya tidak pernah membayar zakat. Jika dihitung, kira-kira 20 tahun saya langsung tidak membayar zakat, sama ada zakatpendapatan atau mana mana zakat harta. Saya pernah menerima teguran Allah, namun saya masih leka dengan kemewahan yang saya nikmati. Sehingga kini, perniagaan yang saya bina sejak tahun 2000 mula merundum. Sehinggalah saya mendengar sebuah kuliah zakat, lalu saya sedar dan insaf bahawa saya tidak menunaikan zakat pendapatan seperti yang diperintahkan-Nya. Bagaimana cara saya hendak mula membayar zakat? Bila dan bagaimana saya hendak mula qada zakat yang tertunggak?
Jawapan :
Semoga Allah SWT sentiasa memberikan pertunjuk-Nya dan membimbing kita menuju kejayaan. Alhamdulillah jika sudah ada cetusan perasaan dan kesedaran dalam kewajipan zakat. Ini adalah tepat dan sudah pasti ia dinamakan qada zakat. Bahkan jumhur ulama menyatakan, berdosa besar bagi sesiapa yang sudah cukup syaratnya namun melengahkan zakat. Maka, apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang baharu insaf atau tersedar atas kesilapan, adalah seperti berikut :
1.    Menghitung kembali segala kekayaan cukup syaratnya yang lalu dan menunaikan zakatnya hari ini juga.
2.    Jika dia mampu, maka diqada secara tunai. Jika tidak mampu, qadalah secara beransuran.
3.    Dalam masa yang sama, wajib baginya memohon ampun (bertaubat) atas kelekaan.
4.    Menjaga agar tidak leka lagi dalam menunaikan kewajipan zakatnya pada setiap tahun.

Dalam kes saudara, saya dapat membayangkan sedikit sebanyak kekangan yang ada. Namun percayalah, ambillah gesaan Allah SWT :“Dan apabila engkau telah mempunyai ketetapan hati (keazaman) maka berserah dirilah kepada Allah (akan natijahnya). (ali-‘Imran: 159).
Nabi turut berpesan, daripada Abu Hurairah r.a yang maksudnya : Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.(riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)
Tunaikan qada zakat itu walaupun dengan jumlah RM50 sebulan, inshaAllah, jika saudara ikhlas dengan benar-benar mengharapkan keampunan dan keberkatan daripada Allah, maka Allah SWT Maha Berhak memberikannya tanpa sesiapa pun lagi dapat menahannya.
Semoga dengan berzakat, perniagaan saudara kembali pulih dan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda, InshaAllah. Wallahua’alam

NISAB 2019 : RM13,950.00

“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.

----------------------------------------

So clear kan. Kalau kita ada zakat tertunggak due to whatever reason la, kita wajib bayar balik zakat tertunggak tu secara lump sum atau kalau tak mampu, secara ansuran pon boleh.

Sya dengar Tanyalah Ustaz kat TV3 yang lepas subuh tu, ustaz tu cakap hukumnya harus meminjam duit untuk menyelesaikan zakat, dengan syarat - mestilah mampu untuk menggantikan duit yang dipinjam tu.

wallahualam.

ok korang, salam jumaat.
bye!


Wednesday, July 31, 2019

Review Toaster @ Pembakar Roti yang best!

assalamualaikum w.b.t.

morning korangggggg..!

sya dah lama nak share pasal ni tapi kat office busy sikit and sya pon sejenis memanjang takde mood. tengok PC je lemauuu. adoiiii..

ok, nak cerita pasal toaster @ pembakar roti.

first, mesti ada yang kata "hekeleh, toaster pon nak cerita beria. dah berpuluh/beribu toaster aku beli, tak kecoh ponnnnnn"

adududuuuu... jangan begituu.
saya tahu anda power, tapi tahukah anda ada orang yang jenis nak beli toaster pon study beria, google review bagai. tau tak? tau tak? haaa sya la orang tu! hahahahaha

disebabkan kita tahu feeling meng-google sana sini tapi tak dapat jawapan yang kita nak, so sya dedicate la entries review cenggini untuk memudahkan orang kat luar sana.
niat kite baik taw wak... sobsob.

ok, sambung balik.
sebelum ni sya pakai toaster @ pembakar roti hadiah time kawen dulu.
alhamdulillah.. syukur sangat sebab time sya kawen dulu, hadiah boleh kata semua pon membantu pastu yang paling best, hadiah boleh kata semua tak sama. sya pernah baca orang share hadiah kawen die, periuk nasik je dekat 10 bijik. ha kooooo...
ape nak buat dengan periuk nasi sampai 10 tu??
macam-macam sebenarnya.. hahahahaha. tapi tu next time punya cerita la eh. haha

berbalik pasal toaster sya, satu benda yang sya macam tak berapa berkenan dengan toaster sya tu is, dia punya tempat letak roti tu macam terdedah. so kalau lama tak pakai, macam ngeri sikit la. lagi-lagi kalau anda sejenis overthinking cam sya ni. huhu
tu haaaa... kan macam tempat letak roti tu ternganga gituuu... so kalau lama tak guna. mula la sya imagine ada semut masuk la, ade habuk la, berkulat la.. eh macam-macam la!

sya tak sure orang lain simpan camne, tapi kitorang simpan dalam plastic je. bungkus dengan plastic, masuk kotak balik.

on second thought, sya rasa toaster camni boleh je kalau simpan dalam kotak clear @ clear box tu kan? lagi kemas, and hygiene terpelihara. semut pon tak boleh masuk.
ala.. bekas camni ha.. 
adoi, awat la sekarang ni baru terfikir. haha

bekas macam ni kalau kat ikea tu berlambak kan. dari kecik sampai ke besar sampai kita pun muat dalam tu.
cuma kecik-beso kecik-beso je haku tengok kalau yang kat ikea tu pasal jual asing-asing ngan cover/lid. semalam pergi ikea, ter-menyumpah jugak la bila beli bekas, bekas harga lain, penutup/ cover harga lain. menyirappppp mak. hoho

ok, sambung balik.
so sape yang guna toaster macam toaster lama sya tu, jenis terbukak tu, boleh la cari bekas plastic clear macam gambar kat atas. simpan toaster dalam tu bila dah taknak guna. insyaallah selamaat..

tapi macam sya cakap la, sya haritu ngeri sikit dengan toaster lama sebab dah lama tak pakai kan. so sebagai manusia yang malas nak pikir panjang, sya cari toaster baru je.

so misi meng-google pon bermula (see... i told you! sya memang active meng-google. haha)

sebelum tu, nak bagitau, sya tak suka toaster @ pembakar roti jenic macam ni

haaaa jenis ni. sya tak suka. nanti roti sya terkepit, pastu ada garis.
tak suka tak suka.
tapi kalau orang buat kan, sya bedal je. hoho

jom sya share toaster @ pembakar roti yang berkenan naw kat hati ni..

philips toaster HD2581

gigih letak model. hahahahaha.
btw, ni adalah toaster yang sya paling merembesss @ berkenan la. siap hantar gambar kat Z untuk meng-convince kan beliau yang wife dia ni memang nak sesangatttt toaster philips ni.
last nya Z pon pasrah and tolong pilih kan colour. hahahahhahahaha
sya mintak approval Z bukan nak paw die ke apa (hahahahahha), tp sebab taknak ia bising pasal toaster lama tu ada kan. ni dah dapat approval senang, toaster lama tu sya suruh dia letak kat pantry office die je. settle.

both colour hitam & putih tu pon sya suka.
ya alllahhhhh.. sukar nya membuat pilihan..
hahahahahhaaha

ni features toaster philips yang sya sesangat tu:


dia punya basket ke apa panggil tu eh, yang tempat kita masukkan roti tu, boleh angkut terus bawak keluar. so kerja-kerja pembersihan senang dijalankan. ecewahh

pastu kalau korang perasan, dia punya tempat letak roti tu ala-ala tempat nak bakar ikan kan? hahaha. so senang kalau kita nak buat roti bakar ber-inti meriah, so tak risau inti dia luruh/tercicir ke bawah. eh paham tak apa sya cakap ni? huhu


boleh letak sepasang roti terus kat 1 slot tu. tengah2 tu boleh letak siap-siap tomato, pepperoni, cheese, or pape la. uuuuuu daaaap nye. rasa nak makan subway pulak
#tetibe

power kan? selalu toaster kita tu kita letak butter kaya nutella jam je kan kan kan..
ni kita boleh buat macam sandwich tu. uuuuu.. osemmmm! haha

yang ni feature yang macam takde motip pada sya tapi takpe, kita share jugak la.
toaster philips ni jugak boleh panas kan roti ke or pape la dengan cara macam dalam gambar kat atas ni. hmmmm... pape la..

so ni la toaster paling berkenan.
dah survey harga, dalam RM 85 kot paling murah. maybe kalau ada electronic sale ke apa boleh dapat murah lagi.

tapi...
tapi tapi tapiii..

tengah sya nak check out / bayar toaster philips ni. tetiba tangan tergatal google pasal toaster lagik.
and sya terjumpa la toaster ni ha

philips HD2595
masalah nya, toaster philips toaster HD2595 ni tak jumpa pulak kat malaysia (time sya nak beli tu la)

masa tu sya dah macam ralat nak  beli toaster philips tadi. sebab teringat motipp utama beli toaster baru adalah kerana hygiene toaster lama yang tidak menepati piawaian sya.
so kalau sya beli toaster philips tadi, problem sama jugak - tempat bakar roti tu ternganga.

so sya search balik model lain. this time, misi kita mencari bread toaster with lid cover @ pembakar roti dengan penutup.

huh, sekali taip terus jumpa! hahaha


ha, settle terus problem!

harga pulak cuma RM 45 je.
hahahhaha

sya terus order dari shopee!
tak sampai 3 hari dah selamat sampai kat rumah.

tadaaaaaa...!!!


sempoi je kan 


dia ada penutup @ lid cover tu. so tak payah risau berhabuk ke apa ke.
pastu boleh bukak bawah dia tu kalau nak cuci @ buang sedak roti ke apa.

tapi paling suka part lid dia tu la..


boleh kata hari-hari la buat roti bakar. hahahahahahaha.

senang cite, memang puas hati la toaster ni!
harga pun murah.
suka suka suka!
hiks

ok, so siapa yang ada suka roti bakar pastu nak cari pembakar roti yang best and hygiene terpelihara, sya highly recommend morgan toaster MTS-22C ni! sekali dengan model sya share sekali. hahahaha

ok, bye!


Thursday, July 18, 2019

REF: CERAI. Kalau bukan kita nak tolong, siapa lagi?

Assalamualaikum w.b.t.

Lama betul tak update blog. Harini Sya nak share, nak mintak tolong kawan-kawan sekali.


Untuk pengetahuan korang, Syed Azmi adalah antara orang yang aktif dalam kerja-kerja amal. Moga dipermudah kan.
------------------------------------------
Sila ambil iktibar.
Bantu mana yang boleh.

"Sebabkan saya 29 tahun, saya tahu saya tak layak mohon ke Rumah Bonda. Baru lepas kena cerai bulan 4. Saya takde mak ayah dah. Ni tengah tunggu hari untuk bersalin. Saya ada anak seorang setahun 3 bulan. Masa kena cerai tu saya dah 6 bulan mengandung. Tapi tak sangka jadi camni. Bekas suami tinggal. Talak 3 sebab masalah kewangan. Dia bekerja. Tapi sebab dia cakap duit tak cukup. Saya tak tau tanggungjawab untuk cari duit atas siapa kalau dah kahwin. Tergamak dia lepaskan saya camtu je. Saya tak sangka hidup jadi camni. Saya risau sangat keadaan saya nanti kalau bersalin. Saya sendiri tak tau mampu camne. Tapi maaf kalau nak tanya. Bayaran berapa? Kalau ikut dalam bank saya ade 300 je. Malu saya, dengan nak bersalin lagi."

Saya benarkan dia masuk ke Rumah Bonda dengan bayaran RM100.
Menangis dia sebenarnya. 
Buku Merah semua dah buat.
But she needs support.

To anyone yang nak membantunya, please do so melalui Rumah Bonda.
Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur-
CIMB 
800-99-666-86
REF: CERAI.

Kami akan gunakannya untuk preparation dan penjagaan anak sulungnya.

Please help.

Thank you.

Syed Azmi.
------------------------------------------




Moga dijauhkan diri kita & zuriat keturunan kita dari perkara-perkara macam ni. Aamiin

Jom sama-sama bantu apa yang mampu.

#WomenEmpoweringWomen