In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Thursday, March 2, 2017

tips and review: festival makanan antarabangsa putrajaya 2017 - original thai food

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

morning. the earth says hello
(sebab tengah mengunyah chocolate)

harini nak share pasal festival makanan antarabangsa putrajaya 2017.
haritu dorang panggil festival makanan thailand ke pesta makanan thailand ke hape ntah.
buat kat presint 14. kitorang pergi lepas magrib.
jom layannn..

firstly, ni festival makanan thailand. so haruslah makanan thailand.
so chicken chop, pasta, semua tu takde eh.
sya gitau siap-siap takut ada yang hampa.

soalan paling ramai tanya especially kalau bawak family:
ramai orang tak? crowded tak?
jawapan dia yes. tapi tak se-crowded jalan tar time dekat-dekat nak raya.

picture ni sya ambik time paling peak / crowded la.
still ok.
bagus orang putrajaya.
bertamadun semua.
takde nak rushing main gesel-gesel ke, mendengus tepi telinga kita ke apa.
ok, cool semua.
hehehehe. tak, ni betul taw.
syukur malaysia aman (alhamdulillah)


ramai kan.
tapi aman..
hehehe

lepas tu banyak canopy dorang bukak. ada kerusi meja untuk makan.
so pada yang nak makan kat sana, pon boleh.
kerusi meja banyak. but of course penuh kan.
yang ni sya harap kalau orang putrajaya baca, pada yang suka makan kat tempat-tempat camni, harap lepas makan tu terus bangun la.
boleh nak ambik masa 2-3 minit nak bagi makanan turun ke apa, tapi kalau rasa tak perlu tu, bangun je la.. kita considerate sikit to others eh..
kalau rasa memang species / style suka menyandor pas makan dalam sejam dua, tapau, pastu makan kat rumah la better. tak pon dalam kereta.
ok?
good !



soalan seterusnya.

best tak makanan kat sini?
jawapan dia, biasa-biasa je.
boleh la. nak kata sedap gila teringat-ringat, tak. tapi nak kata tak sedap tak boleh telan, pon tak jugak.

next..

ok tak harga? murah tak? ke mahal?
jawapan dia, TAK MURAH.
harga kat sini, antara harga OK ke mahal. tu je range dia. murah memang takde.


contoh macam cucuk-cucuk ni.
harga bermula dari RM2.
mahal ke murah?
aipp. sapa jawab murah tu??

jawapan dia- mahal.
sebab kat pasar malam RM1 je.
tapi ada yang size besar-besar sikit, harga dia RM3, RM4, and RM5.
yang ni kira ok la. sebab size dia besar sikit.
takde jual kat pasar malam.



yang bebola daging tu dalam picture macam kecik. tapi sebenarnya besar gak la.
size macam bakso yang dah kembang dalam sup tu.
separuh size penumbuk.
harga RM5.
kira dalam banyak-banyak cucuk tu, dia paling exclusive, premium, semua la! hahahaha
sebab dia sorang jer harga RM5 secucuk.


ni kedai jual cucuk jugak.

tak payah survey.
harga semua sama.
jangan nak try tengok kedai hujung kot dia jual murah 5 posen ke, memang tak.
HARGA SAMA.
ha, caps lock terus.

so kalau nampak makanan berkilau macam melambai-lambai macam eh nak lah, beli je terus kat situ.



ayam bakar madu.
nampak madu, teros cancel.
hahhahhahaha.
tak minat sangat sebab tak kena pada sya ayam bakar tapi manis-manis pulak.
sya suka spicy.



ni macam skewers la.
thailand ke? ntah. hahahahahahahahhahahaha



ice-cream kelapa.
ni trademark la kalau thailand kan.
ramai jual.
so kalau terlepas, depan-depan ada lagi.
sedap.
tak payah pergi sangkaya.
heheheheheh



yang ni buat kudap-kudap.
boleh test kat situ dulu sebelum beli kot takut tersalah membuat pilihan.
hahahhahahahha



ha.. yang ni menarik perhatian sya, tapi sya tak beli.

alang-alang, nak cerita pasal air pulak.

harga air kat festival sini starting from RM3 untuk gelas kecik.
takde air RM1 ke RM2 ke eh.
paling murah RM3.
size glass dia besar jugak walaupon dia cakap kecik.
kira mahal seringgit la sebab air yang sama, kat pasar malam RM2 je,
tapi OK la. air dia pon sedap-sedap.
macam pasar malam, beli air ni macam pertaruhan sikit.
kadang sedap, kadang tak.
kat sini confirm sedap, insyaallah.
sya beli air durian belanda. (takde pulak gambar)
ok la. tapi Z kata ada yang lagi sedap.
nanti kita carik.



sya nak beli teh ais tu nampak dia tarik bukan main tinggi.
not a fan of teh tarik actually.
sya suka teh ais. takmo tarik-tarik.

Z siap cakap, beli la. dia tarik tu (buat muka kagum)
pastu tambah "tinggi dia tarik yanggg, siap dari belakang. tu peluh semua pon ada tu"
terus tak jadi beli.
mencik !


ni macam roti tissue.
makan panas-panas, sedap la crispy. makan lambat, liat sikit.
ikut taste korang la.



ni kedai jual air mangga paling besar sya rasa.
actually ramai jual air mangga.
tak boleh nak suggest mana sedap sebab sya tak minat air mangga.
kembanggggg..
huhu



yang ni comel kan.
tapi rasa dia, fuhhh.. out sikit.
sya makan 1, Z makan 1. pastu ada kat dapur tu takde sapa nak makan.

harga RM5 sepacket / sebekas.


yang belah kanan ni sedap. macam kuih pokis inti kaya.
febret ustaz adam nih. makan kemain comot.


yang ni la. sedap. inti kaya.
harga sama jugak, RM 5 sebungkus.


sya beli laksa siam (laksa thai)
ada satu kedai je jual (yang sya perasan)

sya belajar makan laksa thai ni masa study kat matriks kedah dulu.
sebab kat changlun kan.. so banyak la makanan thailand sya makan.
cuma laksa thai kat sini kurang berlemak pada sya, tapi stil sedap sebab pekat.

harga laksa thai - RM7.
mahal sebenarnya sebab laksa nya secoet je.
tapi ok la, nak jumpa selalu susah kan.




satu lagi makanan yang banyak gila jual kat sini is kerabu maggie.
jalan 2-3 langkah orang jual.
jalan depan sikit, kerabu maggie lagi.

harga kerabu maggie?
RM7.
mahal ke murah?
hahahahahahahhahaha


sya tak beli kerabu maggie sebab lagi paduu kalau buat sendiri.
lagi pulak sya tak berapa minat udang kalau size tak menepati piawaian, so memang tak beli la.


tomyam of course la ada kan !


antara yang popular kat situ. punya ramai beli.
tapi sebenarnya semua kedai pon ramai orang beli.


nasik goreng ni pon ramai gila orang beli.
die buat style nasi goreng pataya.
nanti dia balut dengan telur.
sya perati, ada hotdog je bersepah.
ayam taknampak pon. tak tau la kot ayam invisible ke apa.
so, sya tak beli.
sya tak suka hotdog. ada certain hotdog je sya suka.



nenas madu thailand.
yang ni febret sya.
sedapppppp. manisss menusuk kalbu.


yang ni satu lagi febret baru.
sya beli jeruk mangga, jeruk sengkuang, jeruk buah salak.
heaven wehh.

tapi sya makan jeruk nih ikut jadual la. huhuhu


jeruk kering pon ada tapi sya tak minat sangat.


yang ni sya perasan ramai orang beli.
mangga jeruk yang ada cili bagai tu.
ramai beli. sedap la kot kan..
wallahualam..

so, best tak?
boleh la..

better la dari pasar malam. sebab kat sini ada makanan yang jarang jumpa kan..
cuma standby la duit lebih sikit. lagi-lagi kalau bawak anak-anak.

cuma hampa sebab takde pon orang banana nutella pancake. uwaaaaaa
lagi satu, bukan makanan je ada.
barang-barang pon ada jual.
tapi sya tak explore yang bahagian bukan makanan tu.
except yang first jual toto la, bantal la, tikar la.
sya beli bantal kekabu 2 bijik.
senang kalau orang datang rumah.
hehehehehe

so siapa yang tak pergi lagi, jom !

eh, soalan last. parking banyak tak?
insyaallah ada. paling tak pon exercise la sikit. hehehehe


ok bye (dato aliff syukri)

disclaimer: pictures without watermark are taken from google image.


2 comments:

  1. Terbayang Tom Yam pekat... adoi... Hihi... nice info ya...

    ReplyDelete
  2. Oh.. bila baca harga dia betul la, tak murah pun. Betul kata sya, OK la.. hahah.

    ReplyDelete